fbpx

“Aku Faham Perasaan Shuib, Tapi Belum Tentu Aku Boleh Hadap”

Turut berduka di atas pemergian Allahyarham Siti Sarah, pelakon Sharnaaz Ahmad berkata sebagai insan bergelar bapa dia memahami perasaan Shuib Sepahtu.

Bagaimanapun, Sharnaaz memberitahu belum tentu dia dapat menghadapi apa yang dilalui oleh Shuib yang kehilagan isteri tersayang dan kini dialah yang akan menjaga anak-anak.

BACA: Shuib Sebak Terima Video Solat Jenazah Ghaib Buat Siti Sarah Dari Masjidil Haram

“Sebagai seorang bapa, aku benar-benar faham perasaan Shuib. Tapi belum tentu aku dapat hadapinya. Ib (Shuib), kuatkan semangat, kuatkan iman, arwah Sarah kini ditempat yang paling bahagia dan indah,” tulisnya

Dalam pada itu, Sharnaaz turut memohon agar Shuib terus kuat serta meneruskan hidup demi anak-anak dan dia akan terus mendoakan untuk sahabatnya itu.

“Kuat demi anak-anak awak okay. Tiada kata mampu digambarkan hanya ikhlas mendoakan awak mengharungi ini dengan reda,” katanya lagi.

Pagi semalam, Siti Sarah disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (PPUKM), Cheras.