fbpx

Shuib Bengang Siti Sarah Diejek Gara-Gara Isu Ysuku

Baru-baru ini isu Ysuku hangat diperkatakan apabila motosikal tersebut dalam senarai pemerhatian. Malah pihak berkuasa turut memberi amaran kepada artis untuk hentikan aktiviti mempromosikan kegiatan modifikasi motosikal secara haram.

Bagaimanapun, gara-gara isu Ysuku yang dikaitkan dengan pelawak Shuib, isterinya, Siti Sarah pula yang menjadi mangsa serangan netizen di Twitter.

BACA: Ubah Suai Ysuku, Shuib Bengang Dikaitkan Dengan Artis

Semuanya bermula apabila Sarah memuat naik status di Twitter, namun diejek oleh netizen yang menggelarnya ‘isteri kepada fenomena Ysuku’. Malah ada yang menuduhnya punca Ysuku kini menjadi perhatian pihak berkuasa.

Terkejut dengan serangan tersebut, Sarah meluahkan rasa sedih di Instagramnya dengan mengatakan dia tidak faham dengan sikap segelintir warga Twitter yang tidak sensitif dengan perasaan orang lain.

Malah, kata Sarah lagi, komen-komen negatif netizen itu cukup memberikan kesan kepadanya lebih-lebih lagi dia menghadapi masalah kebimbangan melampau (Anxiety).

Bengang dengan serangan netizen itu, Shuib memuat naik semula entri tersebut di Instagram miliknya dan mengingatkan netizen supaya tidak mengaitkan isterinya dalam hal tersebut.

Malah, Shuib turut menyertakan tanda pagar peringatan kepada netizen agar jangan menyentuh tentang keluarganya.

Perkongsian Shuib itu mendapat perhatian peminatnya yang meminta supaya mereka sekeluarga bersabar dengan kata-kata negatif pihak tidak bertanggungjawab itu.