Pelawak Shuib Sepahtu berharap masih belum terlambat lagi untuknya memperbaiki bacaan dan belajar Al-Quran semula dari bawah.
Kata Shuib lagi, dia tidak kisah dan tidak malu untuk belajar al-Quran semula dari bawah asalkan dapat memperbaiki kelemahannya.
BACA: Tak Berdendam, Shuib Maafkan Aisar Khalid
“Saya nak belajar al-Quran sehingga cari semula buku Iqra. Saya nak kembalikan zaman kanak-kanak saya mengaji dan belajar Iqra. Saya harap masih belum terlambat, saya kena buat ‘u-turn’. Saya kena betul-betul pandai baca al-Quran.
“Ya Allah, sebab kalau bab nyanyian tahu pula saya nak menyanyi sedap-sedap. Buat Sepahtu Reunion tahu pula menyanyi mendayu-dayu.
“Kalau dulu menyanyi lagu duet dengan arwah isteri, buat ‘rehearsal’ betul-betul bagai nak rak. Tapi apabila mengaji, tak reti. Rasa teruk sangat,” katanya.
Menurut Shuib, pemergian isterinya Allahyarham Siti Sarah menjadi asbab untuknya mendalami dan memperbetulkan bacaan Al-Quran.
Kata Shuib, dia boleh membaca al-Quran walaupun ‘merangkak’, namun pemergian isterinya membuatkan dia lebih teliti dalam pembacaan al-Quran.
“Hari pertama baca Yassin secara beramai-ramai dan selepas sesi Zoom itu, saya cuba baca sendiri. Ia ambil masa dekat dua jam nak habis.
“Saya rasa macam…ya Allah daifnya, bodohnya kau Shuib. Sampai saya lenguh-lenguh pinggang. Jadi saya cakap pada diri kena buat sesuatu. Kena merdekakan diri daripada buta al-Quran,” katanya.