fbpx

Shuib Akui Belum Move On, Mudah Menangis Bila Teringat Arwah Siti Sarah

Genap 100 hari pemergian isteri tercinta, pelawak Shuib Sepahtu mengakui emosinya sering terganggu. Malah, Shuib berkata dia mudah menangis apabila teringat Allahyarham Siti Sarah.

Menurut Shuib, dia cuba untuk move on namun akui sukar namun akui sukar kerana setiap kali melihat anak-anak dia akan teringatkan isterinya.

BACA: Terlalu Rindukan Siti Sarah, Shuib Jalani Pemeriksaan Mental Setiap Minggu

“Hari ini genap 100 hari pemergian isteri. Anak-anak okay cuma sesekali cakap mak mereka dah tiada. Kalau saya pula memang rindu. Perasaan itu masih tak boleh ‘move on’ dan senang menangis apabila teringat dia.

“Kalau ikutkan saya ini jenis yang kenal diri sendiri dan penuh dengan motivasi sebab selalu bagi ceramah di sana sini. Tapi apabila ini terjadi, ia terlalu cepat dan memang ambil masa untuk terima. Saya cuba nak ‘move on’, tapi perasaan saya dia ada saja. Tengok anak-anak, ingat dia,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib berkata dia masih belum pernah mimpikan arwah isterinya, hanya anaknya sahaja ada bermimpikan ibunya. Kata Shuib lagi, sejak pemergian isterinya dia hilang selera makan sehingga badannya kini sedikit susut.

“Apabila nak buat majlis di sini, rasa dia ada saja. Sebab ketika mula pindah di sini dia memang suka buat majlis di sini. Menang sedihlah.

“Tapi, saya belum pernah mimpikan dia lagi. Sekali pun tidak ada lagi. Hanya anak ketiga, Mateen saja ada mimpi selepas tiga hari dia pergi. Anak lain pun tidak ada lagi.

“Ya saya kurang makan sebab tak lalu. Sudah tiga bulan tak selera makan. Kalau dengan arwah dulu dia suka makan. Jadi, saya tak boleh tolak. Malah, jam 2 pagi pun boleh makan lagi. Sekarang makan bila lapar saja. Itu yang badan susut sikit,” katanya.