Shuib Akhirnya Dedah Wajah Ayash Affan
Selepas hampir dua bulan dilahirkan pada 6 Ogos lalu, akhirnya pelawak Shuib Sepahtu mendedahkan wajah anak bongsunya, Ayash Affan. Memuat naik satu video di Instagram, Shuib berkongsikan video memaparkan anak lelakinya itu sedang tidur di katil.
Menerusi entri itu, Shuib turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan kesejahteraan buat anaknya sepanjang dua bulan ini.
BACA: “Hari Ini Hari Lahir Arwah, Kini Hanya Ayash Hadir Di Rumah Sebagai Pengganti”
View this post on Instagram
Perkongsian Shuib itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang teruja apabila akhirnya dapat melihat wajah anak keempat Shuib dan Allahyarham Siti Sarah.
Tidak kurang juga, ramai yang sebak apabila melihat hadiah istimewa terakhir daripada arwah Siti Sarah itu serta mendoakan Ayash menjadi anak yang soleh.
Terdahulu, Ayash dilahirkan secara pembedahan tiga hari sebelum Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos lalu akibat Covid-19.
Masya Allah..comelnya kamu sayang.. smoga jd anak yg soleh..
Ye comel sgt, semoga mmbesar dgn sihat. AMIN.
Yup muka awak dan arwah .
Semoga membesar dgn sihat & menjadi anak yg soleh
Cara Nak Kenali Founder Timbang Kilo Melayu:-
1 Show off cash/kipas duit
2 Bawak beg LV/branded
3 Kereta n rumah gedabak.
4 Status2 medsos selangkah ke syurga
5 Jual kisah peribadi, famili, suami atau bini.
6 Dressing mesti sarat over!
7 Tunjuk derma/sedekah jariah.
8 Percutian mewah
9 Sembang taknak kalah @ poyo juta2.
10 Kilang takde..tak tunjuk. Lokasi gagal dikesan… :((
Comel dan Tembam…tak macam baby pramatang…semuga sihat dan jadi anak yang soleh.
Alhamdulillah, baby tembam. Gerammmm
Semoga sihat2 selalu