fbpx

Selepas lebih sebulan berada di hospital, anak bongsu Shuib Sepahtu iaitu Ayash Affan akhirnya dibenarkan pulang ke rumah semalam.

Menerusi satu perkongsian, Shuib meluahkan rasa syukur di atas kehadiran anaknya itu yang merupakan hadiah istimewa daripada Allahyarham Siti Sarah sempena hari lahirnya hari ini.

BACA: Ayash Affan Dah Boleh Balik Rumah Hari Ini

“Alhamdulilah. Hadiah Hari Jadi Ibu…Daripada Ibu…Selamat Hari Jadi Ibu,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi satu perkongsian di Instagram Siti Sarah turut dikongsikan video ketiga-tiga anak Shuib teruja menyambut kepulangan adik bongsu mereka.

“Mereka nampak happy sangat bila dapat tengok Ayash depan mata. Sebelum sampai, tiga beradik ni duduk depan pintu rumah tggu daddy bwk balik Ayash.

“Terima kasih kepada smua yg mendoakan Ayash, terima kasih kepada smua yg mendoakan daddy, Uwais, Talita & Matin serta terima kasih kepada semua yang rindukan arwah Sarah.

“Sepatutnya esok hari lahir arwah yang ke-37 tapi aturan Allah tak siapa yang tahu. Kini, hanya Ayash yang hadir di rumah ini sebagai pengganti arwah. Terus doakan kesejahteraan arwah di sana,” tulis akaun tersebut.

Ayash dilahirkan secara pembedahan tiga hari sebelum Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos lalu akibat Covid-19.