Shuib Akhirnya Bersemuka, Maafkan Pemfitnah
Pelawak Shuib Sepahtu akhirnya bersemuka dengan individu yang menyebarkan fitnah terhadap dirinya dan arwah isterinya, Siti Sarah.
Memetik mStar Online, Shuib bertemu dengan individu bernama Zulhairi Abu Othman di kafe Bubble Bee, Bandar Sri Permaisuri tengah hari tadi.
BACA: “Kenapa Kau Libatkan Arwah Isteri Aku Siti Sarah!!!” – Shuib Naik Angin
Shuib berkata dia terbuka hati untuk memaafkan individu tersebut kerana beradab datang untuk bertemu dengannya hari ini.
Sementara itu, Shuib turut mengingatkan Zulhairi agar tidak mengulangi perbuatan menyebarkan fitnah mengenai dirinya dan keluarga.
“Saya bercakap di telefon semalam, saya juga sudah berlembut hati. Hari ini Zulhairi tampil dan memohon maaf. Saya maafkan dia. Saya tahu dia seorang yang beradab kerana berani datang hari ini. Mungkin silap kerana berkongsi di media sosial sebelum ini,” katanya.
Dalam pada itu, Shuib berkata dia sedang mengesan seorang lagi netizen bernama John Dihani dan akan mengambil tindakan terhadap individu berkenaan sebagai pengajaran.
“Biarlah peguam saya yang pergi berjumpa dia dulu. Saya suda bincang perkara ini boleh ambil tindakan dan saya akan saman sebagai satu bentuk pengajaran.
“Perkara ini nampak mudah tapi ia melibatkan kematian isteri. Tuduhan itu seolah-olah saya membunuh isteri sendiri. Kalau betul sila bersemuka dengan bukti. Saya tegas dengan pendirian ini sebab saya tahu apa yang dikatakan semua tidak betul,” katanya.
- SUMBER
- mstar Online
marketing ke nih?
masih ada lagi ke manusia bodoh comment memalukan artis lepas tu propa then menyusahkan diri kena buat public apology? mcm plan je
macam drama jea si shuib nie… ngapa tak dsaman aje?! Si polan tu asal pakai mask, takut covid ke? Vaksin tk percaya, covid percaya pulak.
lain kali shuib oiii udah2lah ko dgn posting murahan & bebuat lawak tak menjadi bagai haprakkk ko tu.. nampak bodoh lagi ada.. jaga @ didik anak4 & isteri bebaik.. tatott si isteri X tahan cabut lariii
@Jah@Fifah@Kucing Parsi, you all korek, korek. So smart can guess one. Today fitnah tumoro forgive. Second episode one more mule will appear to apologise and that guy from Banjarmasin will forgive. He very good hearted one to forgive. More episodes of this nature will come. So predictable.