fbpx

Sejak beberapa hari lalu, hangat diperkatakan apabila tular perkongsian individu yang mengeluarkan kenyataan membabitkan pelawak Shuib dan isterinya, Allahyarham Siti Sarah.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Menerusi entri tular itu, individu tersebut mendakwa Shuib adalah salah seorang ahli organisasi ‘F’ yang merujuk kepada Freemason serta mengaitkan kematian Siti Sarah dengan agenda vaksin.

BACA: Kematian Siti Sarah Difitnah Agenda ‘F’, Shuib Nak Saman

Terbaru, menerusi perkongsian di Instagram Shuib meluahkan rasa berang dengan kenyataan fitnah terhadap dirinya dan arwah isterinya itu.

Menurut Shuib dia sudah lama bersabar dengan individu berkenaan yang tergamak mengeluarkan kenyataan melampau apatah lagi melibatkan atwah Siti Sarah.

“Assalamualaikum, banyak hari saya sabar. Hari ini saya terpanggil untuk berkenalan dengan mamat ini, yang mana tulisannya terlalu hebat dan berani.

Malah, Shuib turut mengatakan dia terpanggil untuk berkenalan dengan individu tersebut serta meminta untuk berdepan dengan dirinya.

Dalam pada itu, Shuib turut memberi tempoh 24 jam kepada individu tersebut untuk beremuka dengannya serta telah mengambil tindakan undang-undang melalui peguam yang dilantiknya.

“Kenapa kau libatkan arwah isteri aku, Siti Sarah? Freemason? Apa yang kau tahu? Meh cakap depan-depan aku! 24 jam, cari aku!!! Lawyer tengah jalankan kerja, tunggu!!! Assalamualaikum,”tulisnya.