Shuhada Doakan Hafidz Roshdi Bahagia Dengan Wanita Pilihan
Bekas isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mendoakan agar pelakon itu bahagia sekiranya dia mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannnya selepas ini.
Memetik Oh Bulan, Shuhada turut berharap agar perkahwinan tersebut tidak duji seperti mana rumah tangga mereka yang diduga oleh Allah sebelum ini.
BACA: “Yang Bercita-Cita Nak Bahagia Atas Penderitaan Orang Lain, Takutlah Dengan Allah”
“Semoga Allah tidak duga rumah tangga mereka nanti seperti mana Allah duga rumah tangga saya dan dia (Hafidz).
“Yang baik-baik untuk kalian berdua saya doakan, Insya-Allah. Be happy dan lihat juga saya happy,” katanya.
Minggu lalu, Shuhada dan Hafidz akhirnya sah bercerai dengan talak satu pagi tadi di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam.
Mahkamah mengesahkan lafaz yang dibuat Hafidz pada 22 Februari lalu adalah sah dan Shuhada tidak perlu jalani tempoh edah yang telah selesai pada 23 April lalu.
- SUMBER
- oh Bulan