fbpx

Shuhada Alami Keguguran Di Usia Kandungan 14 Minggu

Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mengesahkan dirinya mengalami keguguran ketika usia kandungannya 14 minggu.

Memetik Astro Gempak, menerusi video dikongsikan di Hlive, Shuhada berkata punca keguguran mungkin disebabkan tekanan yang dihadapinya.

BACA: Shuhada Umum Berita Hamil Untuk Elak Fitnah

“Shu nak khabarkan satu berita sedih, Shu mengalami keguguran baru-baru ini atas sebab satu, Allah dah takdirkan Shu tak dapat teruskan kandungan ini.

“Kedua Shu memang tak dapat nak kawal stres, Shu dah tak makan Shu punya ubat antri depresi. Jadi salah satu sebab juga la kenapa Shu tak dapat teruskan kandungan Shu.

“Shu alami keguguran ketika usia kandungan 14 minggu. Shu minta doa yang baik-baik untuk Shu dan anak-anak,” katanya.

Dalam pada itu, Shu berkata dia memaklumkan perkara itu susulan ada dakwaan menuduhnya melakukan pengguguran secara haram.

“Tujuan Shu beritahu berita sedih ini sebab tak nak perkara sama berulang. Sebab saya baru saja dapat berita dituduh sengaja melakukan keguguran secara haram.

“Jadi untuk elakkan lagi fitnah, pendapat daripada ahli keluarga dan peguam, Shu sepakat untuk keluarkan khabar berita yang sedih ini,” katanya.

Pada April lalu, Shuhada mendedahkan dia sedang hamil anak ketiga dan usia kandungannya sudah mencecah 10 minggu. Shuhada tindakannya berkongsikan mengenai berita kehamilan itu untuk mengelakkan fitnah.