Shima Anuar Cari Duit Sendiri, Tak Mahu Terlalu Bergantung Pada Suami
Pelakon Shima Anuar berkata dia tidak gemar jika ada segelintir pihak beranggapan kesenangan hidupnya di atas kemampuan kewangan suaminya.
Menurut Shima setiap orang ada rezeki mereka masing-masing, namun dia tidak terlalu bergantung pada suami dan tidak seperti yang disangka.
BACA: Shima Anuar Akui Dulu Tak Pandai Masak, Tak Reti Beza Serai & Lalang
“Itu rezeki (suami mampu), kena percaya semua orang berbeza-beza. Saya sendiri ada benda-benda yang nak dibuat dan ada hasil titik peluh sendiri.
“Tidaklah terlalu bergantung harap pada suami. Malahan, saya sudah biasa bekerja cari duit sendiri dan memang tidak reti duduk diam,” katanya.
Dalam pada itu, Shima berkata dia yang kini bergelar isteri dan ibu kepada dua cahaya mata mahu mengimbangkan antara kerjaya seni dan keluarga.
Shima sebelum ini menjalankan perniagaan makanan iaitu Laksam serta menjual pakaian, palazzo.
Shima mendirikan rumah tangga dengan Mohd Solih Toha pada April 2017. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Marian Sophia, 4 dan Mikhael Imaan, 2.
- SUMBER
- Utusan Online
Baik bujang ja. Mengajar laki Melayu tak bagi nafkah. Mengajar perempuan Islam fikir Liberal. Isteri wajib di tanggung suami. Jangan bangang bagi statement seolah perempuan tak boleh harap duit suami. Fitrah lelaki di beri kekuatan lebih daripada fizikal untuk banting tulang cari rezeki. Retis perempuan jangan malu orang cakap kau hidup atas duit laki. Laki kau dapat pahala. Nafkah itu hak kau. Dah cukup banyak perempuan Melayu tanggung biawak hidup dan buaya darat. Jangan bodoh boleh tak?????
Baik x yah berlaki klau kn berhempas pulas jgk keje cr duit…klau i lh..
Betul la cara die tu. Jgn dok mngharap kan sgt org jantan. Panas tak selalu sampai ke petang. Bape byk pompan meratap merana bile laki mati or becerai! Psl suke sgt bergantung dgn lelaki! Pikir pjg sikit
Jangan bodoh dek. Hakak kerja juga. Tapi nafkah anak anak masih suami beri. Malu apa suami tanggung? Itu tanggungjawab suami.
Betul ke laki dia kaya raya..slalu kalau laki kaya raya kita x jual aksa sume tu..laki bukakkan bisnes kosmetik ke butik ke..ni jual laksam aje..aku x caya laki dia kaya..
Buatlah bisnes online. Orang lain kahwin nak kekal. Kamu orang kahwin fikir akan bercerai. Kalu mulut baik jangan risau orang doa baik. Mulut jahat silakan risau, bakal di tinggal suami hidup atau mati.
ske tgk dia ni…
suami dh kaya tp boleh pulak berniaga laksam x silap..
tp yg x bestnye dia ni seksi tu je..