fbpx

Shila Amzah Cadang Bella Astillah Cerai Guna Kaedah Hakam

Perkongsian penyanyi Shila Amzah di aplikasi X menjadi perhatian seolah merujuk kepada kemelut rumah tangga pasangan selebriti Bella Astillah dan suaminya, Aliff Aziz.

Menerusi entri itu, Shila menyarankan Bella untuk bercerai secara hakam selepas suaminya itu enggan melafazkan cerai di mahkamah semalam sekaligus mengejutkan Bella.

BACA: “Suatu Hari Nanti Ruhainies Akan Rasa Apa Saya Rasa” 

Sementara itu, Shila turut mendoakan dan dipermudahkan urusan mana-mana isteri atau suami yang berdepan konflik dan ujian dalam rumah tangga.

“Settle sahaja secara hakam. Semoga Allah permudahkan segala jalan buat isteri atau suami yang teraniaya, didera emosi, fizikal dan kewangan,” katanya.

Semalam, Aliff tidak bersetuju menceraian Bella serta memberitahu mahkamah dia memerlukan masa untuk membuat keputusan dan masih sayangkan isterinya.

SUMBER: Kosmo