Kini sudah mempunyai sepasang cahaya mata, penyanyi Shila Amzah berkata dia tidak merancang untuk menambah cahaya mata
Menjawab pertanyaan pengikutnya di Insta Story, Shila berkata dia tidak mahu mengambil risiko memandangkan kedua anaknya dilahirkan secara pembedahan.
BACA: Anak Shila Amzah Disahkan Autisme Tahap Satu
Sementara itu, Shila berkata lagi, jika dia mahu hamil lagi dia perlu menunggu tiga tahun lagi dan ketika itu usianya sudah lewat 30-an serta risiko untuk hamil.
“Kita nak anak-anak dapat 100 peratus perhatian. Tambahan saya pernah menjalani pembedahan untuk kedua-dua kelahiran.
“Saya kena tunggu lagi tiga tahun untuk hamil. Dalam masa tiga tahun, umur saya 37 tahun, sangat berisiko buat saya untuk memiliki anak disebabkan sebelum ini pun lahir secara pembedahan,” katanya.
Dalam pada itu, Shila berkata dua orang cahaya mata sudah memadai serta boleh berikan perhatian sepenuhnya kepada mereka.