fbpx

Anak Shila Amzah Disahkan Autisme Tahap Satu

Menerusi satu perkongsian di Instagram, penyanyi Shila Amzah mendedahkan anak lelakinya, Seth Uwais berusia 5 tahun didiagnosis menghidap autisme tahap satu.

Dalam video dikongsikan, Shila berkata dia baru saja pulang dari hospital dan sudah lama merasakan ada sesuatu tidak kena dengan anaknya itu sama ada dia autisme atau Gangguan Perhatian Defisit Hiperaktif (ADHD).

BACA: Shila Amzah Tayang Wajah Anak, Photostat Muka Ubai

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

“Saya baru saja balik dari hospital dan Seth didiagnosi autism pada tahap satu. Alhamdulillah, saya dah lama rasa ada sesuatu, sama ada autisme atau ADHD,” katanya.

Tetap positif apabila anaknya disahkan autisme, Shila berkata sekurangnya dia tahu apa yang perlu dilakukan serta membesarkan Seth dengan cara yang sesuai.

“Doktor sarankan untuk Seth menjalani terapi dan dihantar ke sekolah kanak-kanak autism. Jadi bila dah sah, senang kita nak tahu apa yang boleh buat dan tidak. Doakan supaya Seth boleh membesar dan belajar dengan baik,” katanya.