fbpx

Shila Amzah Nafi Tunjuk Jari Tengah Kepada Peminat

Tidak pasti apa yang mahu dilakukan oleh individu yang mengubah gambar penyanyi popular Shila Amzah sehingga menimbulkan reaksi di kalangan peminat Shila sendiri. Tidak cepat melatah, Shila menyatakan rasa terkejutnya dengan perkara tersebut di laman sosial Twiter.

BACA: Shila Amzah Luah Rasa Jelik Dengan Ayda Jebat?

8- Shila Amzah Nafi Tunjuk Jari Tengah Kepada Peminat - ROTIKAYA

Tidak mahu perkara tersebut terus tersebar dan disalah anggap oleh peminatnya, Shila menyatakan bahawa gambar yang tersebar tersebut adalah fitnah semata-mata. Malah melalui gambar dari portal mynewshub, ternyata gambar sebenar jauh berbeza dan telah pun diubah.

9- Shila Amzah Nafi Tunjuk Jari Tengah Kepada Peminat - ROTIKAYA

“Astaghfirullahadzim, maghrib macam ni, semoga adik dapat hidayah daripada fitnah orang macam ni,” jelasnya di laman Twitter. Tindakan Shila mendoakan agar individu berkenaan mendapat hidayah turut mencerminkan kematangan Shila dalam menghadapi perkara negatif sebegini.

Apa pun, sebagai seorang selebriti yang sudah mencipta nama di persada antarabangsa, pastinya perkara sebegini tidak memberi kesan kepada Shila. (rtky/s)