Shila Amzah Lega Ubai Tak Hilang Ingatan Lepas Pembedahan
Umum mengetahui minggu lalu, personaliti media sosial, Ubai selamat menjalani pembedahan kecil membuang ketumbuhan di kepalanya di sebuah klinik swasta di Kuala Lumpur.
Menerusi satu perkongsian di Insta Story, kekasihnya iaitu penyanyi Shila Amzah ada memuat naik status meluahkan rasa syukur pembedahan berjalan dengan lancar dan lega Ubai tidak hilang ingatan selepas pembedahan kecil tersebut.
BACA: Buang Ketumbuhan Di Kepala, Ubai Selamat Jalani Pembedahan
“Doakan sayang saya ni segera sembuh, nasib baik tak hilang ingatan lepas pembedahan hari itu,” tulisnya.
Bagaimanapun, Shila turut mendedahkan Ubai kini mempunyai ketumbuhan di bahagian mata pula sehingga matanya kelihatan senget.
“Korang tengok lah ni, dalam mata senget sebelah pun masih ada orang nak ambil gambar dengan dia. Mata dia tu ada cyst tahu tak, lepas ketumbuhan dekat belakang otak, sekarang ketumbuhan dekat mata pula,” katanya.
Terdahulu, Ubai berkata dia menyedari ketumbuhan tersebut sejak tiga tahun lalu dan mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan kerana bimbang ianya semakin membesar.
banyak masalah macam ni pun shila ni pi kutip. dah tak de akal kot nak fikir
I is very cannot la dgn diaorg berdua ni…nmpk mcm something wrong.
sangat something wrong. shila…kau tu dah xde jantan lain keeeee