fbpx

Buang Ketumbuhan Di Kepala, Ubai Selamat Jalani Pembedahan

Personaliti media sosial, Ubai selamat menjalani pembedahan kecil membuang ketumbuhan di kepalanya di sebuah klinik swasta di Kuala Lumpur pagi tadi.

Memetik mStar Online, Ubai berkata dia menyedari ketumbuhan tersebut sejak tiga tahun lalu dan mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan kerana bimbang ianya semakin membesar.

BACA: Ubai Dah Beli Cincin, Sedia Kahwin Shila Amzah

“Hanya pembedahan kecil sahaja membuang ketumbuhan di bahagian kepala. Saya dah mula kesan sejak tiga tahun lalu masalah ini.

“Ia semakin membesar dan doktor juga menasihatkan supaya buang agar tidak menjadi lebih besar sebab itu melakukan pembedahan,” katanya.

Dalam pada itu, kekasih kepada kepada penyanyi Shila Amzah itu turut meluahkan rasa syukur pembedahan tersebut berjalan lancar dan dinasihatkan oleh doktor untuk berehat.

“Syukur semuanya selesai. Sekarang tengah berehat lagi dan masih dalam keadaan lemah lagi,” katanya.