Shila Amzah Lega Hidup Sebagai Ibu Tunggal
Penyanyi Shila Amzah mengakui lega dan suka menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal bersama anak lelakinya, Seth Uwais kini berusia setahun.
Berkongsi mengenai Aidilfitri thaun ini, Shila berkata dia menyambut bersama anak dan keluarga di rumahnya di Cyberjaya.
BACA: Shila Amzah Tak Tutup Pintu Hati Untuk Terima Cinta Baru
“Saya lega sebenarnya semua benda dah selesai dalam masa yang sama dapat beraya di rumah sendiri, bestnya susunan dia, saya tak payah nak balik kampung. Tahun ni pun saya beraya bersama keluarga di rumah saya.
“Pada saya, saya bertanggungjawab untuk sediakan environment yang positif dan happy untuk anak saya sorang tu. Walaupun dia masih belum faham, saya nak dia rasa semua benda tu normal je. Kalau ada sebarang benda negatif, saya akan sorok daripada dia,” katanya.
Menurut Shila lagi, ramai yang takut untuk berdepan dengan perceraian namun baginya dia lebih kuat kerana anak dan pasti akan sedih jika terus bertahan.
“Ada perempuan takut untuk mengalami situasi (penceraian) macam saya, macam mana nak menghadapi perkara ni sorang-sorang tapi pada saya, saya jadi lebih kuat bila saya nampak muka anak.
“Kalau saya stay, saya akan lagi sedih dan tak menjadi diri sendiri. Tapi bila kita sorang, kita dah tiada tanggungjawab dengan benda-benda lain, jaga anak je. Itulah yang beri saya kekuatan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Shila turut bersyukur kerana perpisahan itu berlaku ketika anaknya masih kecil serta belum memahami apa yang berlaku.
“Saya bersyukur benda ni jadi sekarang. Kalau dia umur 4 ke 5 tahun, dia dah mula faham dan mungkin akan persoalkan kenapa orang lain ada parents. Tapi suatu hari nanti pasti dia akan tanya juga dan kita dah ada jawapannya,” katanya.
Tambah Shila lagi, meskipun berdepan perceraian namun dia tidak serik untuk bercinta namun dia akan lebih berhati-hati.
Terdahulu, Shila dan Haris Edraki Elias mendirikan rumah tangga pada April 2018 namun mengumumkan perceraian pada Februari lau.
- SUMBER
- Astro Gempak
to be honest, pilihan hidup mana2 pun mmg ada cabarannya. bila tak bersuami, urusan kerja mekanikal elektrikal byk kene fikir sndr. mujur lah skrg byk youtube tutorial. bila ke bengkel kereta, memanjang kene tipu. lumrah lah. redha.
namun bila bersuami, tidak semuanya indah. yg bernasib baik tu, Alhamdulillah. tp yg hina dan sentiasa dianggap menyusahkan ni, lebih baik bawa haluan sndr. bila kita tak punya apa2 harta, mmg org selalu pandang hina dan dianggap menyusahkan. walau tak pernah minta barang kemas, tak pernah minta alat kecantikan, beli keperluan diri pun suami rasa habis duit. jadinya, utk tidak menyusahkan mana2 pihak, kita undur lah diri. sikit2 belajar lah repair barang2 rumah sndr. Alhamdulillah, walau tak mewah, Allah sentiasa cukupkan rezeki. cuma belum ada rezeki nk menepis mulut2 org. satu je nk ckp, knp bila girlfriend minta bulan dan bintang, semua rasa sanggup nk bagi. tp bila isteri yg halal minta nafkah, dirasakan beban? itulah beza antara sayang dan tidak. tp kita jgn gundah, rezeki msg2 Allah dh tentukan. cerita di atas sekadar selingan. semoga shila amzah berbahagia dgn jln hidup yg dipilih.
@selamat berbahagia..
Saya doakan awak dipermudahkan segala urusan.. believe in yourself. Nice to read yr story :)
Ya walaupun x mewah, x dipandang tinggi…dsb..tapi Allah hadirkan ketenangan..tidur lena…dpt khatam alquran..baca tafsir…yg surprise semua kemudahan cukup. mcm saya ketenangan bila sy resign last yr..segala serabut hilang.
yg penting serahkan dan tawakkal padaNya.. insyaallah percayalah Allah akan hadirkan org2 yg membantu kita..walau suami kdg2 culas pd kita.
Kalu mahu penganti yg baik hati bersopan santun tidak sombong merendah diri tidak kaya tp bertanggungjawab ramai calunnya. Yg kaya bergelar dato tp bersopan santun bertanggungjawab baik hati tidak sombong pun ada. Tp yg paling baik calunnya ialah yg kaya tp tak mahu title dato dgn pensonaliti yg baik lagi low profile. Sebaik2nya cuba elak calun suami bergelar dato atau dato seri kecuali dato bercucu empat.
Lelaki melayu hurmmmm aper yg ko harapkan? Spender pun bini basuh. Dgn kentot bau bangkai main game tengok bola tu la xhabis2. Ya.. single is awesumm!
Pompuan yg ada duit single je bagus. Skrg bukan era Neng Yatimah meraung bagai dambakan cinta belaian laki. Self care… independent gituz ko. sunyi carik ikan. Cinta kalu se-bln laki kasi 5k tu cinta lah. Jgn jd bingai. Muah!