fbpx

Shila Amzah Kongsi Detik Cemas Bersalin Anak Sulung

Selamat menimang cahaya mata sulung pada 31 Ogos lalu, penyanyi Shila Amzah sempat berkongsikan pengalamannya saat melahirkan permata hatinya yang diberi nama Seth Uwais Haris Idraki.

Menurut Shila Amzah, anak lelakinya seberat 2.88 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan C kecemasan (emergency C Section). Shila turut bercerita suasana cemas berlaku sebelum dia dan suami mengambil keputusan untuk membuat pembedahan.

BACA: Shila Amzah Selamat Timang Bayi Pertama

https://www.instagram.com/p/B15KoHVjD49/?utm_source=ig_embed

“Anyways banyak orang Tanya kenapa sha kena emergency C section, actually disebabkan oleh sha failed utk dilate sampai habis walaupun dah Di induced, first kita try prostin, then the next day kita try foley balloon.

“Then lepas air ketuban pecah, kita try Pitocin that night.. And I’ve been contracting tinggi sangat-sangat Before amek Pitocin sha buka 4cm je so me and haris decided to take epidural,” tulisnya.

Menurut Shila, meskipun sudah beberapa jam namun proses bersalin tidak dapat juga dilakukan dan keadaan tersebut mungkin membahayakan bayi dalam kandungannya sehingga dia membuat keputusan untuk melakukan pembedahan.

“Then sha diberi Pitocin, unfortunately after 2 hours sha masih tak dilate juga. As sha ada posterior cervix. So dia ke belakang, doctor Tanya whether sha nak tunggu lagi 2 hours or C section

“Sha cakap just buat apa2 yang boleh save me and the baby. Sebab badan sha pun dah sangat penat, and taknak stress kan baby dalam perut as masa tu kita suspect whether tali pusat dia terbelit kat leher, or tali pusat dia pendek. So sha cakap kita go on with emergency C section, nurses pun terus tolong sha prepare untuk masuk OT.

Alhamdulillah segalanya dipermudahkan buat Shila Amzah. Semoga kesihatan Shila dipermudahkan begitu juga dengan proses berpantang selepas ini. Tak sabar nak lihat wajah comel anak sulung Shila.