Seth Uwais Nama Bayi Pertama Shila Amzah
Tahniah diucapkan kepada Shila Amzah dan suami diatas kehadiran cahaya mata pertama mereka. Cahaya mata lelaki yang dinamakan Seth Uwais Bin Haris Idraki itu selamat dilahirkan secara pembedahan semalam.
BACA: Shila Amzah Umum Hamil Anak Pertama
“Syukur Alhamdulillah, Sha selamat melahirkan our first baby malam tadi pada 31 August 2019 (jatuh pada Hari Merdeka dan Awal Muharram) , jam 11.43, secara emergency c section (pembedahan), seberat 2.88kg”
“Sha dan Haris sangat terharu dengan semua ucapan dan doa semua, terima kasih banyak. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT diatas limpah kurniaNya dan rezeki. Memperkenalkan, Seth Uwais Bin Haris Idraki”
“Sekarang Sha di nasihatkan untuk berehat oleh doktor setelah 55 jam 43 minit Sha berada dalam labour. Doakan Sha cepat sihat ya? Sorry tak dapat balas semua, tapi Sha dan Haris hargai sangat,” tulisnya.
Semoga kesihatan Shila dipermudahkan begitu juga dengan proses berpantang selepas ini. Tak sabar nak lihat wajah comel bayi pertama Shila! Tahniah sekali lagi diucapkan buat pasangan ini. (rtky/w)
tahnia kerana berusaha bersalin secara normal. semoga bahagia selananya
Tahniah shila dan haris..semoga seth uwais menjadi anak yg soleh berjaya dunia dan akhirat
Tahniah Shila & Haris,………..semoga sentiasa bahagia Bersama anak dan keluarge yg tersayang hingga ke Jannah. Aamiin x 3 YRA.