fbpx

Shila Amzah Dilapor Hilang, ND Lala Sahkan Telah Temui Anaknya

Sejurus selepas ND Lala membuat laporan polis tentang kehilangan Shila Amzah sejak 6 hari yang lalu, dia telah disahkan sendiri oleh bapanya telah ditemui beberapa jam selepas laporan polis itu dibuat.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, pihaknya dimaklumkan tentang penemuan itu oleh bapa Shila semalam.

“Shila dah ditemui oleh bapanya (ND Lala) sekitar jam 4 petang semalam, perkara ini dimaklumkan sendiri oleh ND Lala”

Dalam pada itu, beliau juga mengesahkan tentang laporan yang dibuat ND Lala berhubung kehilangan penyanyi itu pagi semalam.

ND Lala dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung kehilangan Shila selepas pencipta lagu Patah Seribu itu tidak pulang ke rumah selepas pulang dari Shanghai, minggu lalu.