fbpx

Shila Amzah Belum Sedia Jumpa Ibu, Adik-Beradik

Penyanyi Shila Amzah berkata dia masih belum bersedia untuk berjumpa dengan ibu dan juga adik-beradiknya selepas hangat diperkatakan mengenai kemelut keluarga mereka Oktober tahun lalu.

Memetik mStar Online, Shila berkata dia tidak mahu emosinya terganggu apatah lagi dia kini sedang sarat hamil anak kedua dan mahu berada dalam keadaan tenang.

BACA: Shila Amzah Sangka Nak Terberanak Di Bazar Ramadan

“Sejujurnya hati saya belum bersedia untuk jumpa. Kalau boleh saya tak mahu tertekan dan suami nasihatkan lebih fokus pada kehamilan.

“Apabila hamil dalam usia 30-an, kita kenalah tenang. Emosi kena jaga. Saya jadi trauma dengar cerita rakan-rakan yang makan kandunagn tidak menjadi akibat stres,” katanya.

Bagaimanapu, Shila berkata dia masih berhubung dengan ibu serta keluarganya hanya atas urusan penting sahaja dan hubungan dengan keluarga sama seperti dulu meskipun sudah lama tidak berjumpa.

“Hubungan saya dengan keluarga masih sama, tidak bertambah baik mahupun buruk. Walau dalam bulan Ramadan ini mungkin menjadi lebih baik, namun saya tidak mahu fikir dahulu.”

“Kami masih berhubung seperti biasa namun agak terbatas. Saya rasa mereka juga menghormati keputusan saya untuk beri keutamaan terhadap apa yang saya fokus sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, Shila berkata dia terbuka jika ibu dan adik beradiknya datang berkunjung ke rumahnya pada hari raya nanti.

SUMBER: mStar Online