fbpx

Shila Amzah Sangka Nak Terberanak Di Bazar Ramadan

Penyanyi Shila Amzah berkongsikan dia berdepan detik cemas apabila terasa seperti hendak bersalin ketika ke bazar Ramadan minggu lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Shila yang kini sarat hamil lapan bulan berkata dia sangkakan sudah tiba masa untuk bersalin apabila sampai di bazar sehingga bergegas balik.

BACA: Syada Dah Jumpa Shila Amzah, Tiada Lagi Kemelut Adik-Beradik

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

“Sumpah, saya sangka memang hendak bersalin minggu lalu. Saya ke bazar Ramadan bersama suami dengan menaiki motorsikal.

“Kami selamat sampai (di bazar) hanya untuk bergegas balik rumah sebab saya mula rasa seperti sesuatu hendak keluar (bersalin),” tulisnya.

Sementara itu, Shila berkata dia semakin malas untuk memuat naik perkembangan di media sosial serta mengakui teruja namun gementar untuk melahirkan cahaya mata keduanya itu secara normal.

“Maaf semua, seri wajah ibu mengandung sudah habis. Saya teruja tetapi dalam masa sama gementar. Saya berharap kelahiran secara VBAC (Virginal Birth After Caesaean) akan berjaya. Doakan untuk saya,” tulisnya.

Untuk rekod, Shila mendirikan rumah tangga dengan Ubai pada 4 Ogos 2023. Terdahulu, Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Edraki pada 2018 namun mengesahkan perceraian pada Februari 2022.

SUMBER: Kosmo