fbpx

Sherry Ibrahim Nafi Buat Suntikan, Pembedahan Plastik

Sering menerima persoalan mengenai pembedahan plastik, Sherry Ibrahim menjelaskan beliau tidak akan sesekali melakukan pembedahan plastik kerana tahu ianya melanggar hukum Allah dan berdosa berbuat demikian.

BACA: Sherry Ibrahim Akui Kini Bahagia Dengan Seseorang

Penjelasan Sherry itu berikutan ramai mendakwa wajahnya tampak berbeza berbanding dulu, dengan dagu yang lebih runcing dan kulit yang ‘flawless’. Jelasnya kecantikan beliau datang dari campuran ibu bapanya.

Di ruangan komen, peminat menyokong kenyataan Sherry dan menegaskan wajahnya memang dari dulu cantik secara semula jadi. Ada juga mendakwa, badan berisi dan umur merupakan faktor Sherry kelihatan berbeza.

Kalau tuan empunya badan sudah berkata begitu, kita husnuzon sahajalah. Mungkin faktor usia juga memainkan peranan, betul ke ada sesetengah wanita makin meningkat usia, makin cantik wajahnya? (rtky/w)