fbpx

Sherry Ibrahim Akui Kini Bahagia Dengan Seseorang

Gara-gara melenting dikaitkan dengan bekas kekasih baru-baru ini, ada yang menganggap Sherry Ibrahim masih belum ‘move on’ dengan kisah lama. Menafikan perkara itu, Sherry memberitahu beliau kini suda punya pengganti.

BACA: Sherry Ibrahim Bengang Dengan Pereka Pelamin

“Selagi saya tidak berkongsi mengenai kisah cinta atau perhubungan, orang sentiasa beranggapan saya belum ‘move on’. Sebaliknya, saya sudah lama melupakan apa yang berlaku. Malah, ketika ini saya berasa sangat gembira”

“Pada masa sama, saya tahu ada pihak yang masih tidak senang dengan apa saya lalui dan miliki sekarang. Selepas apa yang berlaku, saya sentiasa berfikiran positif dan muhasabah diri. Paling penting, saya tidak kacau hidup orang lain”

Jelas Sherry, hubungan itu masih dalam fasa perkenalan jadi beliau tidak mahu terlalu cepat bercerita risau andai ianya tidak ke mana. Pun begitu, Sherry memberitahu beliau sudah lama melupakan kisah cinta lama.

“Alhamdulillah, sekarang saya bahagia dengan seseorang. Cuma, apa saya boleh kongsikan perhubungan kami masih dalam fasa perkenalan. Sejujurnya, saya sibuk dengan beberapa komitmen kerja, jadi belum ada sebarang perancangan ke arah lebih serius,” jelasnya mengenai perkara itu.

Terdahulu, Sherry mengamuk di media sosial apabila secara tiba-tiba namanya dikaitkan dengan majlis resepsi perkahwinan Fattzura oleh perunding perkahwinan terkenal, Rekateemor. Namun difahamkan salah faham itu terjadi kerana akaun Instagram pereka itu telah digodam. (rtky/w)