fbpx

Sherry Ibrahim Bengang Terus Dituduh Bedah Muka

Berterusan didakwa membuat pembedahan muka, Sherry Ibrahim berang apabila seorang individu menuduhnya menipu dengan menafikan kenyataan tidak pernah mengubah wajah yang kini ramai perasan tampak berbeza.

BACA: Sherry Ibrahim Nafi Buat Suntikan, Pembedahan Plastik

Lebih terkilan apabila individu berkenaan juga turut mengheret keluarga Sherry dalam hal ini. Menerusi Instagram, Sherry memuat naik kenyataan wanita itu kerana terlalu berang dengan tuduhan tersebut.

“Astaghfirullah al-Azim. Banyak yang dia tulis tapi malas nak letak semue. Sebab membuatkan ig I nampak tak cantik. I akan marah kalau ianya melibatkan keluarga dan menjatuhkan fitnah sambil menyebarkan,” tulisnya.

Dalam masa yang sama, wanita berkenaan turut mendakwa mengenali rapat ahli keluarga Sherry. Bagaimanapun Sherry menafikan mengenali wanita itu dan menganggap ianya fitnah kerana membuat tuduhan liar.

Sebelum ini, netizen juga turut memperkatakan perkara sama, iaitu wajah Sherry yang kini nampak berbeza seperti membuat pembedahan wajah. Namun Sherry terus menafikan dan mendakwa ianya kerana teknik mekap. (rtky/w)