Sherry Alhadad Semakin Ramping, Netizen Kata Macam Anzalna & Janna Nick
Baru-baru ini, perkongsian pengacara popular, Sherry Alhadad di Instagram menjadi perhatian ramai apabila dilihat semakin ramping.
Menerusi video itu, Sherry dilihat menari mempromosikan sebuah produk minuman dan mata netizen tertumpu kepada perubahan bentuk badannya.
BACA: Takut Nak Potong Usus, Sherry Alhadad Turun 18 Kg Amal Gaya Hidup Sihat
View this post on Instagram
Perkongsian Sherry itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut dengan perubahan saiz fikizal pengacara itu. Tidak kurang juga ada yang mengatakan penampilan Sherry kini seperti Janna Nick dan Anzalna Nasir.
“Ya Allah, ingatkan Janna Nick tadi. Dulu dia (Sherry) pernah kata kalau dia kurus, macam Anzalna. Sekarang terbukti. Bulu mata (macam) Anzalna sahaja tak pakai,” kata netizen.
Dalam pada itu, ramai yang cemburu dengan perubahan pengacara itu serta menjadikan Sherry sebagai inspirasi untuk tampil langsing juga.
“Cemburu tengok Kak Sherry sekarang. Kita pun nak kurus juga,” tulis seorang lagi netizen.
Terdahulu, Sherry berkata melakukan senaman serta mengamalkan pemakanan sihat dan berjaya menurunkan berat sebanyak 16 hingga 18 kilogram dalam tempoh tiga bulan.
Sherry berkata pembedahan potong usus akan menjadi jalan terakhir jika dia sudah putus asa untuk menurunkan berat badan namun dia akan cuba untuk berusaha.
- SUMBER
- Kosmo!
ni patient buat bariatrik di tempat saya
titibe lahai jual produk lak dia
ape lancau
trend agaknyer potong usus ni semua
Saya tahuuuu kat mana dia potong usus nii heheheh
bile masanya muka cam.anzalna or janna nick.lain benor.yg aku tgk jd mcm muka serra bini syuk sahar.
aku rasa time dia babam dulu lg comel.. mcm si zulin bff dia tu.. tapi dua2 nekad nk buat bariatic bagai sebab persepsi masyarakat yg katanya gemok hitam hodoh kepam, putih cantik kurus wangi… huhh..
Betul bg aku pun masa dia plus size lg comey sbb dia dulu pun bkn laa mcm ikan paus ada cutting gk cuma besar laa…