Penampilan pelakon dan pengacara Sherry Alhadad menjadi perhatian ramai apabila dilihat semakin turun berat badan. Sherry mengakui berjaya menurunkan berat badan sehingga 18 kilogram dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Memetik portal mStar Online, Sherry berkata dia menurunkan berat badan tanpa menggunakan jalan pintas atau pembedahan bariatrik. Katanya lagi, dia mempunyai altenatif lain dengan melakukan senaman dan pergi ke gim


BACA: Baju Sherry Alhadad Disamakan Dengan Plastik Sampah, Bean Bag

“Berat badan saya turun 16 kilogram hingga 18 kilogram, tapi ia ambil masa sebab saya percaya kita kena ada proses untuk turun… kalau cepat kita turun, cepatlah berat tu akan naik.

“Saya tidak pernah ada masalah kesihatan, saya takut untuk buat benda yang macam tu… Allah dah bagi panjang usus kita berapa kan dan saya ada altenatif lain untuk pergi gim dan bersenam,” katanya.

Dalam pada itu, Sherry berkata pembedahan potong usus itu akan menjadi jalan terakhir jika dia sudah putus asa untuk menurunkan berat badan namun dia akan cuba untuk berusaha.


“Saya amalkan juga produk kesihatan untuk menguruskan berat badan. Saya ambil juga sebab itu altenatif lain. Cuma untu saya potong itu adalah jalan terakhir maksudnya kalau saya dah boleh putus asa. Selagi mampu saya buat, saya teruskan,” katanya.