Baru pulang dari Istanbul, Turki menjalani penggambaran drama di bawah arahan Erma Fatima, Shera Aiyob pernah ditegur pengarah di set kerana nafsu makan yang menjadi jadi.

Usia kandungan kini sudah tiga bulan setengah, Shera Aiyob masih nampak ramping. Mungkin masih di awal kehamilan, perut Shera belum ketara menampakkan dia hamil.


Seperti wanita hamil lain, Shera juga mengalami muntah-muntah tapi bukan morning sickness, ia disebabkan perut masuk angin. Sebaliknya suaminya (Zahiril Adzim) pula yang sering muntah muntah.

Setakat ini Shera Cuma alah dengan makanan hanyir dan mentah seperti kerang. Ditanya perubahan ketara suaminya setelah dirinya disahkan mengandung, Zahiril berubah menjadi extra rajin. Zahiril jadi lagi ringan tulang menolong mengemas rumah.

Masih belum diketahui jantina bayi yang bakal lahir, Zahiril Adzim berharap dikurniakan cahaya mata lelaki untuk bayi sulung pasangan ini.


“Dia tak kisah jantina anak, tapi kalau boleh dia mahukan anak lelaki untuk first baby. Anak lelaki boleh jaga you bila I takde,” jelas Shera Aiyob sambil tersenyum.

Aktress ini ada juga menyebut secara santai yang bayi dalam kandungan beliau kini merupakan hadiah terbaik daripada suami, Zahiril Adzim terhadap diri beliau. Aww, sweet. Kami disini doakan Shera Aiyob & kandungannya berada dalam keadaan sihat sentiasa.