Sheila Rusly Terkilan Bukan Gadis Biasa Dilabel Drama Sampah
Lakonannya sebagai Opah Aminah dalam drama Bukan Gadis Biasa dikecam gara-gara solekan tua yang dikenakannya, bagaimanapun Sheila Rusly menafikan dirinya merajuk hingga mahu berehat dari lakonan kerana dikritik netizen.
Sheila menjelaskan keputusan itu dibuat kerana sudah terlalu penat selepas 35 tahun mengabdikan diri dalam dunia seni. Malah, perkara itu sudah pun diumumkan sejak Oktober lalu.
BACA: Sheila Rusly Kecewa, Umum Berehat Sementara Dari Lakonan
“Saya pelik bagaimana cerita mahu berehat daripada bidang lakonan menjadi sensasi semula. Sedangkan perkara itu saya umumkan sejak Oktober tahun lalu ketika menjalani penggambaran drama Bukan Gadis Biasa.
“Keputusan itu dibuat bukan sebab saya kecil hati dengan kritikan penonton terhadap watak Opah Aminah.
“Sekelumit pun saya tidak berkecil hati… Itu hak mereka bersuara dan saya tidak boleh menghalang,” katanya kepada BH Online.
Katanya lagi, usianya hampir 50 tahun dan sudah tiba masanya dia berehat seketika daripada industri. Bagaimanapun, dia mungkin akan kembali jika menerima tawaran berlakon yang membuatkan dia mahu beraksi semula.
Dalam pada itu, Sheila meluahkan rasa terkilan apabila ada yang mendakwa Bukan Gadis Biasa sebagai drama ‘sampah’. Malah, katanya tiada siapa yang sanggup keluarkan bajet besar untuk hasilkan karya sampah.
“Tiada siapa yang sanggup keluarkan bajet RM1 juta dan menjalani penggambaran sehingga tiga bulan untuk menghasilkan karya dilabel ‘sampah’.
“Saya ada hati dan perasaan. Ada ketikanya, saya terkesan dengan kritikan netizen terutama jika mereka bersikap kurang ajar.
“Namun, sebagai anak seni, itu adalah ‘makanan’ saya. Jika tohmahan sekecil ini pun saya tidak boleh terima, tidak mungkinlah saya mampu bertahan lebih 30 tahun dalam dunia seni,” katanya.
- SUMBER
- BH Online
Dah tua2 makin sensitif yer? Dulu muda2 org maki kau, kau maki balik 2x. Alah toksah layan laa netizen ni. Zaman socmed ni sapa yg x kena bahan dgn netizen. Ko layan ko laa bodoh. Wt x reti sudah yg penting kita tau apa yg kita buat dan org2 keliling kita dpt manfaat sama…
bagussss.. tiada kepentingan utk negara pon… belom pernah org mati pon kalau drama x de kt tv tuuuu.
Mkeup dia erghhh x real la.nmpk capok dn tmpl.
rating jatuh kew opah? buat drama penerimaan hurmm suam2 kuku huhu
X pernah nengok…akak lyan discobery channel jer .. sampah sungguh ke tu wei?
Bagi saya solekan tua itu dah cukup bagus utk level production malaysia. Cuma kenapa sila buat suara nenek kebayan? Ini bukan cerita seram, ini cerita drama rebut harta.
Ternyata audience yg menentukan sesebuah karya. Apa sbb drama Nur tu jdi fenomena sbb jln crita best, real, org boleh relate, ada unsur2 kelakar, penuh sinis, varisi pelakon pun best, sesuai dgn usia yg ko ni tak janna nick tu berulang, ayda jebat yg dah overexposed dan basi tu je aysik recycle je.
Wilson. Suara kena padan la dgn tahap uzur wajah yg tampal tu. Takkan suara muda kot?
ukan takder pelakon tua wey…ko buat drama ko gak yg ambik port lahai kat situ dah slack sis hoi… memang naik nyampah le layan drama bila watak x sesuai sama usia ko. .mcm juga pelakon2 dah berumur tu ko suh pakai uniform sekolah buat2 plak tgedik-gedik sgt la kami ni ada yg kening sebaris cabut, tet*k membuak-buak eh cari lah pelakon2 yg real dan sesuai sama watak.. kat msia ni byk asah le bakat msia bkn singapore/brunei populasi kita 32 juta. berderet b*tch2 nk jdi pelakon sis nak raba gesel2 bagai dgn si mulut senget kontrol macho si zul tu!
x payah lah korang stress gitu gini.
selagi stesen2 tv msia ni beli sanggup drama low class @sampah akan keluar jgk drama2 sampah kt tv tu…
xkn berubah pon industri ni.
Memang sampah pun Senah oi. Sampah sarap.
Yg penting mas Khan hensem cute dan sado dlm cite tu.. K bai
Kos 1 juta??… Yelah byr siela 500ribu..byr jingos 400ribu..lebih tu kos penerbitan dn pelakon len…kan production sendiri syok la letak rege sendiri
Jual dim sum jer sis..ape kisah dgn dunia seni..natizen melayu tetaeikkk memang sampah pun…
Aku x anggap drama ni sampah. Cuma aku turned off tenguk make up opah minah dan rambut ozylyn. Over!
betul.. x nmpk natural.. hilang mood nk tgk.. tu je sbnarnye
Watak Opah tu satu kesilapan besar yg buat drama ni meluat mau layan. Selamat bersara ye lah Covid skrg siapa berani kluar shooting.
muka opah adusss mcm penagih syabu + nenek kebayan
Terimalah kenyataan ya sis bahawa rakyat Msia semakin cerdik!
jgn nak bagi komen yg busuk je .KO org ikut sedap mulut je nak mengata.yg kau tgok jln cerita nye kah atau watak atau penaperan pelakon nye.banyak kisah dlm cerita ni.yg kita blh belajar..tentang keluarga ibu bapa yg menagih dadah mencuri..tentang kehidupan.dan scandal.dlm perkahwinan.setiap cerita atau drama yg di siar kan di tv.semua nya sudah di tapis di pilih berulang2 tayang..uleh penerbitan….jgn sesuka hati mengata kan dan melempar kata kesat mengatakan sampah pada mereka atau puan sila pada mereka yg .menjaya kan drama bukan gadis biasa mereka tetap yg terbaik.semoga berjaya puan sila.dimasa mendatang. bersabarlah dan bersyukur kerana Allah SWT ada bersama MU Aamiin Aamiin Aamiin ya Allah.all the best for you
Kulit tu kalo diseterikan kan kasi licin balik kan bagus kat muka ko nenek !P!!!
hahaha lawak baca komennnn.
a rose is by any name a rose. bnde kalo sedap org ckp sedap. tu je nak ckp.
Drama sampah…
TV3 sanggup bayar mahal untuk beli drama sampah…
Sangat low class nya TV3 ni…
TV3 pun dah kategori channel sampah ke… sori to TV3 and cerita2 sampah