fbpx

Sheila Rusly Bengang Dikaitkan Dengan Janna Nick

Sejak Ahad lalu, hangat diperkatakan mengenai program hiburan terkenal Melodi apabila mempertemukan pelakon Izreen Azminda dan bekas madunya, Intan Saleh.

Susulan itu, ada netizen mempersoalkan mengapa Melodi tidak menjemput Sheila Rusly dalam program tersebut dalam usaha untuk menghubungkan kembali silaturrahim bersama dengan Janna Nick.

BACA: “Kenapa Tak Jemput Sheila Rusly Jumpa Janna Nick Di Melodi Raya?”

Memetik mStar Online, Sheila yang dihubungi berkata dia sebenarnya sudah pun memaafkan Janna namun mengakui tidak mudah melupakan apa yang berlaku.

“Sudah dimaafkan. Tapi tak semudah itu untuk melupakan,” katanya ringkas.

Bagaimanapun, timbul cerita tak sedap di dengar apabila ada netizen memuat naik status mendakwa punca mereka berdua bermasam muka kerana Sheila cuba untuk menjodohkan anak sulungnya dengan Janna namun ditolak pelakon itu.

Status tersebut mendapat perhatian Sheila yang bengang apabila namanya dikaitkan dengan Janna, malah menyifatkan kenyataan netizen itu adalah fitnah. Sheila turut berkongsikan paparan skrin status oleh netizen berkenaan di Insta Story.

“Sis geram sebenarnya. Sis tak kacau sesiapa pun. Jangan petik isu yang boleh buat sis bersuara. Sis pendam lama isu ini. Jangan sampai saya buka cerita. Tak cukup kain nak tutup muka nanti. Sis jadi marah sebab itu fitnah,” tulisnya