fbpx

“Kenapa Tak Jemput Sheila Rusly Jumpa Janna Nick Di Melodi Raya?”

Semalam hangat diperkatakan mengenai program hiburan terkenal Melodi apabila mempertemukan pelakon Izreen Azminda dan bekas madunya, Intan Saleh.

Bagaimanapun, ada yang mengecam pendekatan dilakukan oleh phak Melodi lebih-lebih lagi dengan soalan yang diajukan oleh Janna dalam pertemuan Izreen dan Intan itu.

BACA: Janna Nick Masih Jalani Rawatan Dengan Pakar Sakit Jiwa

Malah, netizen mengecam tindakan Janna yang mengajukan soalan kepada Intan termasuklah ‘sudah jumpa pengganti atau belum?’

Tidak kurang juga, ada yang mempersoalkan mengapa Melodi tidak menjemput Sheila Rusly dalam program tersebut dalam usaha untuk menghubungkan kembali silaturrahim bersama dengan Janna.

“Tak tahulah apa depa (pasukan Melodi) cakap sampai Intan itu setuju nak datang. Dekat YouTube semua tanya ‘awat tak jemput Sheila Rusly jumpa si Janna Nick tu’,” tulis seorang netizen di Twitter.

“Kami mahukan sis Sheila Rusly dan Janna Nick dalam #MelodiRaya,” tulis seorang pengguna lagi Twitter.

Terdahulu, umum mengetahui Sheila dan Janna mempunyai hubungan yang sangat baik ibarat ibu dan anak. Bagaimanapun, hubungan mereka retak awal 2019 yang sehingga kini masih tidak diketahui sebabnya.

Semuanya bermula apabila Sheila didakwa memuat naik status seolah-olah menyindirnya di Instagram namun dinafikan oleh produser tersebut.

Shiela berkata perselisihan faham tersebut terlalu peribadi untuk dikongsi kepada umum kerana melibatkan hal keluarga.