fbpx

Sharnaaz Ahmad Tolak Tuntutan Cerai Noor Nabila

Umum mengetahui Noor Nabila menfailkan perceraian terhadap suaminya, Sharnaaz Ahmad pada 27 Ogos lalu. Difahamkan hari ini, kedua mereka Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur bagi menyelesaikan kes perceraian mereka.

Bagaimanapun, Sharnaaz menolak dan tidak bersetuju dengan tuntutan cerai isterinya kerana ingin menyelamatkan rumah tangga mereka yang dibina sejak dua tahun lalu.

BACA: Sharnaaz Minta Nabila Berhenti Beri Kenyataan Isu Cerai

Menerusi permohonan cerai itu, Nabila memberitahu dia dan Sharnaaz sudah tiada lagi persefahaman dan tinggal berasingan sejak Februari 2018.

Dalam tuntutan itu juga Nabila memberikan alasan bahawa Sharnaaz memberi nafkah zahir yang tidak mencukupi iaitu hanya RM500 sebulan walaupun mampu untuk memberi lebih daripada itu.

Nabila turut menyatakan pihaknya cuba menjadi jalan penyelesaian termasuk melalui keluarga kedua-dua pihak namun tidak berjaya.

Dalam pada itu, Sharnaaz dan Nabila diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes perceraian mereka.