fbpx

Sharnaaz Ahmad Tidak Mahu Tekanan Dalam Soal Jodoh

Lama kita tidak dengar cerita Sharnaaz Ahmad dan paling akhir pun ketika khabar angin mengatakan hubungan beliau dan kekasihnya, Noor Nabila sudah berakhir sekitar Januari lalu. Namun, kasih sayang antara mereka masih kuat.

Dalam kenyataan kepada Berita Harian hari ini, Sharnaaz Ahmad meluahkan harapan yang hubungan beliau dan kakak kepada Neelofa itu bakal berakhir di jinjang pelamin tetapi tidak mahu terlaku tertekan dalam soal tersebut.

BACA: Cinta Antara Sharnaaz Ahmad, Kekasih Kini Berakhir?

“Sejujurnya saya seronok disisinya. Kalau ada jodoh dengannya, saya tidak menolak. Ia memang kedengaran agak klise cuma dalam soal ke arah itu (perkahwinan), biarlah ia terjadi tanpa tekanan sesiapa,” ujar dalam temubual baru baru ini.

Bercerita tentang apa yang terjadi sebelum ini, Sharnaaz Ahmad mengakui mereka berdua melalui fasa bergaduh yang hebat sehingga kedua duanya memadam gambar pasangan masing masing di laman sosial — tanda protes diri kononnya.

“Biasalah waktu itu kami sedang bergaduh manja sampai merajuk dan sentap. Maka keluarlah segala emosi ala muzik heavy metal. Biasa juga kalau bergaduh macam itu, sampai unfollow laman sosial masing masing,” tambah Sharnaaz Ahmad lagi.

Pelakon ini juga berkata yang kekasihnya itu banyak menyokong dirinya dalam aspek mental selain seorang wanita yang sempoi dan bukan wanita yang mebuatkan kepalanya sering berserabut. Kahwin cepat cepat ya. (rtky/m)