fbpx

Sharnaaz Ahmad Tak Setuju Bawa Masuk BTS Ke Malaysia

Pasti peminat K-Pop terutama ‘BTS Army’ tersenyum gembira apabila mengetahui tentang perkhabaran dimana Kementerian Belia Sukan kini dalam usaha untuk membawa masuk kumpulan K-Pop popular itu ke Malaysia untuk membuat persembahan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Bagaimanapun, lain pula reaksi pelakon Sharnaaz Ahamad yang tidak bersetuju dengan hasrat Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq itu.

BACA: Sharnaaz Ahmad Jawab Kritikan Masalah Rumahtangga

Menerusi Insta Story, Sharnaaz mengatakan jika dia diberi peluang untuk menjadi Menteri Belia dan Sukan, dia akan membawa kumpulan rock terkenal dunia seperti Metallica, Blink 182, Avenged Sevenfold, Disturbed dan bukannya kumpulan K-pop.

Perkongsian Sharnaaz itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang menyifatkan pelakon itu tidak memahami apa yang diminati oleh anak muda zaman sekarang.

Kata netizen lagi, meksipun mereka tidak meminati kumpulan BTS namun perlu diakui bahawa zaman sudah berubah dan kumpulan rosk popular yang disebut oleh Sharnaaz itu sudah sepuluh tahun berlalu.

Difahamkan, usaha untuk membawa masuk BTS ke Malaysia turut dilakukan dengan kerjasama Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes.