fbpx

Sharnaaz Ahmad Jawab Kritikan Masalah Rumahtangga

Terkenal dengan sikap lantang bersuara berkenaan sesuatu kontroversi sebelum ini, ada pihak seakan menganggap pergolakkan rumah tangga Sharnaaz Ahmad sebagai ‘terkena batang hidung sendiri’

BACA: Status Terbaru Sharnaaz Ahmad Terus Undang Tanda Tanya

Terkilan dengan pelbagai tuduhan, Sharnaaz sempat memberikan nasihat kepada ‘haters’, dimana setiap orang ada ujian tersendiri kesan dari kesilapan sebelum ini termasuk mereka yang mengecamnya.

Bagaimanapun, peminat yang turut sama bersimpati dengan dugaan yang menimpa Sharnaaz tampil memberikan kata-kata semangat dan meminta agar pelakon itu bersabar dengan kritikan.

Dalam kenyataan lain pula, Sharnaaz seolah meluahkan rasa hati dengan mengatakan beliau percaya masih ada sebilangan memandangnya dengan cara berbeza daripada sikap ego dan panas baran. (rtky/w)