fbpx

Sharnaaz Ahmad Sebak Hantar Jebat Jayden Pergi Tadika

Pelakon Sharnaaz Ahmad berasa sebak ketika menghantar anak lelakinya, Jebat Jayden ke Children’s Discovery House’, semalam.

Memetik Utusan Online, Sharnaaz berkata sebagai bapa sudah tentu dia rasa tersentuh kerana tidak sangka begitu cepat masa berlalu dan memahami perasaan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah.

BACA: Sharnaaz Ahmad Bengang Netizen Nak Rembat Kepala Jebat Jayden

“Jebat okey, semua okey, cuma bila dalam pukul 11 macam tiu dia dah nak balik. Dia kata dia nak tidur dekat rumah dengan mummy (Nabila).

“Memang terasalah masa sekejap saja masa berjalan. Dulu bila tengok orang komen, sebak hantar anak ke sekolah kita tak faham. Sekarang baru faham.

“Rasa dia akan cepat membesar dan akan cari kehidupan sendiri dah selepas ini. Dengan kawan-kawan, dengan awek (teman wanita),” katanya.

Semalam, Sharnaaz ada memuat naik video memaparkan momen menghantar anaknya untuk ke tadika buat pertama kalinya. Turut kelihatan, Noor Nabila bersama-sama menemani anak mereka.

Terdahulu, Sharnaaz dan Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 namun disahkan bercerai pada 9 Julai 2020 secara hakam.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden kini berusia empat tahun.