fbpx

Sharnaaz Ahmad Rancang 2 Tahun Lagi Untuk Kahwin

Artis yang dicalonkan dalam kategori Artis Kontroversi di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH 2014), Sharnaaz Ahmad meletakkan sasaran sekitar jangkamasa 2 tahun daripada sekarang untuk menamatkan zaman bujangnya.

Tetapi itupun masih lagi menjadi tanda tanya baginya kerana masih tidak ada lagi tarikh atau tahun yang spesifik untuknya berkahwin.

“Saya tidak tahu hendak cakap 2015 ke 2016 tapi saya rasa dalam 2-3 tahun lagi. Paling lama pun mungkin 2-3 tahun lagi. Kita merancang kalau kata bulan depan kahwin pun okay sahaja”

BACA: Sharnaaz Ahmad, Anis al-Idrus Enggan Komen Lanjut Isu Putus Cinta

“Bagi saya sebab kita tak boleh nak berebut. Saya saja cakap 2 tahun, tetapi kalau sibuk setahun nak buat macam mana. Sekarang dah cakap tahun ini tapi masih tak kahwin lagi. Masa 2 tahun adalah maksimum. Kita hanya mampu merancang Allah tentukan,” tambahnya.

Dia yang hadir ke sidang media ABPBH 2014 baru baru ini bersama Anis al-Idrus, sekaligus menamatkan spekulasi yang mereka sudah berpisah kini juga memberitahu untuk persediaan ke arah perkahwinan perlu seiring dengan pasangannya.

Sharnaaz Ahmad Sasarkan Kahwin 2 Tahun Lagi, Masih Merancang - ROTIKAYA

“Bersedia atau tak bersedia kena seiring bukan setakat sebelah saya tetapi juga sebelah dia dan keluarganya,” tambahnya akan membuka cawangan pusat kecergasan Sharnaaz Ahmad Fitness Centre di tempat kelahirannya di Pulau Pinang tidak lama lagi. (rtky/hfz)