Nampaknya status hubungan percintaan pasangan ini akan terus menjadi tanda tanya kepada para peminat selepas masing masing enggan memberikan komen kukuh tentang khabar angin yang mengatakan mereka berdua sudah berpisah kini.
Sebelum ini, para peminat mula berspekulasi yang Anis al-Idrus telah memadam semua gambar Sharnaaz Ahmad dari akaun Instagram beliau selepas cemburu kekasihnya itu mengucapkan tahniah kepada Shila Amzah ketika berlangsung AJL 29 baru baru ini.
BACA: Padam Semua Gambar Bersama Di Instagram, Sharnaaz Ahmad, Anis al-Idrus Putus Cinta?
Anis al-Idrus menerusi laporan mStar Online menafikan yang tindakan beliau memadam semua gambar Sharnaaz Ahmad kerana cemburu selain berkata beliau sudah terlalu dewasa untuk bersikap cemburu seperti itu.
“Sharnaaz sendiri ada beri penjelasan pada saya kenapa dia berbuat demikian dan ia hanya atas dasar profesionalisme sahaja. Cuma ada perkara lain yang saya rasa tidak perlu berkongsi dengan peminat dan ianya terlalu peribadi antara saya dan Sharnaaz”
“Saya tak mahu komen tentang hubungan kami dan lebih baik biar Sharnaaz sahaja yang jelaskan kerana dia lelaki,” ujar Anis al-Idrus kepada media.
Sharnaaz Ahmad sendiri yang dihubungi berkata beliau masih belum bersedia untuk memberikan sebarang ulasan tentang khabar angin yang tersebar.
“Maaf buat masa sekarang saya tidak mahu komen tentang hubungan ini. Tunggulah, nanti bila sudah bersedia saya sendiri akan hubungi awak untuk penjelasan itu,” ujar pelakon itu. (rtky/m)