fbpx

Sharnaaz Ahmad Sambut Syawal Bersama Anak & Isteri

Terdahulu, rumah tangga Sharnaaz Ahmad dan Noornabila dikatakan berantakan namun kedua mereka memilih untuk mengunci mulut dan tidak memberikan sebarang komen berhubung gosip berkenaan.

Namun, bulan Ramadan lalu seolah memberikan sinar baru buat pasangan ini apabila dilihat memuat naik gambar bersama ditambah pula dengan anak sulung mereka yang kurang sihat. Malah, pasangan ini juga kelihatan bahagia menyambut Syawal bersama anak mereka, Jebat Jayden.

BACA: Sharnaaz Ahmad Akui Sedang Pulihkan Rumahtangga

Sharnaaz turut berkongsikan foto raya mereka beserta kapsyen “Bertiga lebih baik” seakan memberi bayangan keadaan rumah tanggannya kini semakin bertambah baik.

Menerusi satu lagi perkongsian, Sharnaaz meluahkan rasa syukur sempena Ramadan dan Syawal kali ni dan akan terus berdoa semoga dirinya terus istiqomah untuk berubah ke arah kebaikan.

Diruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan gembira melihat hubungan pasangan itu sudah kembali pulih sedia kala. Malah ramai yang mendoakan semoga kebahagiaan keluarga ini kekal selamanya.

Semoga kasih sayang mereka kekal utuh dan  kita doakan yang terbaik buat pasangan ini agar kekal bahagia hingga ke Jannah.