fbpx

Sharnaaz Ahmad Akui Sedang Pulihkan Rumahtangga

Sehingga kini hubungan diantara Sharnaaz Ahmad dan isteri, Noor Nabila masih menjadi tanda tanya. Terbaru, Sharnaaz mengakui mereka kini sedang berusaha untuk memulihkan rumahtangga yang dibina.

BACA: Sharnaaz Ahmad Jawab Kritikan Masalah Rumahtangga

“Saya dan Nabila sedang dalam proses pulih. Kami mahu membetulkan diri menjadi suami isteri yang lebih baik demi Jebat. Jebat adalah segala-galanya bagi saya. Ketika ini, kami sedang melalui proses pemulihan akhlak”

Jelas Sharnaaz, mereka sepakat untuk memulihkan hubungan ini demi kebahagiaan anak mereka, Jebat Jayden. Kongsi pelakon itu, hubungan mereka lebih baik sejak Jebat mengalami jangkitan saluran kencing dan sedang dirawat.

“Mungkin apa yang terjadi pada Jebat sehingga kami kembali memulihkan keadaan adalah kerana aturan Allah. Apa-apapun, saya reda dan terima dengan ketentuan Allah. Tetapi saya tidak tahu apa kesudahan kami”

“Cuma saya berharap tiada campur tangan luar yang boleh mengeruhkan lagi keadaan. Ini kerana kami cuba memperbaiki diri untuk menggalas peranan masing-masing,” jelasnya kepada Berita Harian Online.

Permasalahan hubungan Sharnaaz dan Nabila mula dihidu peminat apabila Sharnaaz mula memuat naik kenyataan sinis seakan meluahkan apa yang sedang berlaku. Semoga hubungan Sharnaaz dan Nabila kembali pulih. (rtky/w)