Sejak semalam hangat diperkatakan apabila tular perkongsian mengenai pelakon Sharnaaz Ahmad lengkap berbaju Melayu biru bersama anak lelakinya, Jebat Jayden.
Turut kelihatan di atas pelamin seorang wanita yang turut mengayakan persalinan sedondon biru namun menutup wajah dengan bunga tangan yang dipegangnya sekaligus mencetuskan tanda tanya netizen.
BACA: Sedondon Biru Atas Pelamin, Sharnaaz Ahmad Dah Bertunang?
Bagaimanapun segalanya terjawab apabila Sharnaaz menafikan dakwaan dia sudah mengikat talit pertunangan dengan Amelia Christie. Memetik Kosmo, Sharnaaz berkata apa yang dikongsikannya dalam Instagram hanyalah gimik semata-mata.
“Tak. Gimik. Itu sahaja saya boleh kata,” ujarnya.
Dalam pada itu, Sharnaaz berkata dia ada sebab tersendiri mengapa foto itu dipadam selepas beberapa minit ianya dimuat naik di Instagram.
“Malas nak layan. Saya banyak kerja sebab itu, saya padam gambar. Tunggu ‘posting’ yang dah betul nanti. Lantak merekalah nak tulis apa dah memang kerja mereka. Tunggu muat naik yang sudah disunting nanti,” katanya.
Sementara itu, Sharnaaz turut menegaskan foto dikongsikannya itu tidak langsung menampakkan wajah wanita di atas pelamin namun netizen yang membuat spekulasi sendiri.
“Apa benda? Mana ada Amelianya (dalam gambar dikongsikan). Jangan memandai mat,” katanya.