fbpx

Sedondon Biru Atas Pelamin, Sharnaaz Ahmad Dah Bertunang?

Tiada angin tiada ribut, perkongsian pelakon Sharnaaz Ahmad menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambar lengkap berbaju Melayu biru bersama anak lelakinya Jebat Jayden.

Turut kelihatan di atas pelamin seorang wanita yang turut mengayakan persalinan sedondon biru namun menutup wajah dengan bunga tangan yang dipegangnya.

BACA: Netizen Pesan Dekat Amelia Jaga Sharnaaz Baik-Baik

Menerusi perkongsian itu, Sharnaaz turut mengatakan dirinya bukan lagi seorang duda. Sharnaaz turut meletakkan tanda pagar pada perkongsian itu #MamuKenaGari #SxAeday dan #DalamHatiAdaTaman.

Bagaimnapaun, difahamkan perkongsian itu telah pun dipadam oleh aktor itu selepas beberapa minit ianya dimuat naik.

Sebelum ini, hangat diperkatakan mengenai Sharnaaz yang dikatakan menjalin hubungan cinta dengan pelakon Amelia Christie dan mengakui sedang berkenalan rapat.