fbpx

Sharnaaz Ahmad Malu Dengan Sikap Azwan Ali

Kalau anda belum dengar, sekitar hujung minggu lalu tercetus perbalahan antara Azwan Ali dan Sharnaaz Ahmad dek kerana si muda menegur yang tua kerana mengambil gambar sendiri (selfie) di perhimpunan berkabung rakyat di Dataran Merdeka.

“Apa yang saya tidak boleh terima ialah tindakan biadabnya (rakam gambar) selfie & memanggil Melayu ‘laknatullah’. Melampau!”

“Saya tak peduli apa dia nak cakap atau panggil saya sebab satu Malaysia memang tahu mulut dia macam mana. Untuk benda itu, dia tak payah minta maaf pun. Saya tegur dia cara elok dan saya malas jawab apa dia cakap sebab dia lagi tua. Cuma bila dia sentuh kaum, saya tidak senang,” jelas Sharnaaz Ahmad kepada Harian Metro hari ini.

Sharnaaz Ahmad vs. Azwan Ali - ROTIKAYA

Dalam kenyataan menerusi Instagram juga beberapa hari lalu, Sharnaaz Ahmad juga ada berikan nasihat kepada Azwan Ali supaya meminta maaf kepada kaum Melayu yang dihina sebelum terlambat dan berkata tidak kisah jika hanya dirinya dihina, bukan kaum.

“Bukan taknak tegur cara senyap, sebab cara senyap akan bertukar tak senyap juga bila sampai ke tangan Azwan. Ini bukan soal jantina, aib, personal. Ini soal bangsa Melayu yang diinjak kedaulatan! Mohon maaf pada Melayu sebelum terlambat bang,” tulisnya. (rtky/m)

2 Sharnaaz Ahmad vs. Azwan Ali - ROTIKAYA