fbpx

Sharnaaz Ahmad Malas Layan Dakwaan Diperli Neelofa

Sedang hangat diperkatakan mengenai rumah tangga Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, status yang dimuat naik Neelofa mencetuskan tanda tanya netizen seolah menyindir abang iparnya yang didakwa sebagai kuat berdrama.

Diminta mengulas mengenai dakwaan diperli adik iparnya dan adakah dia individu yang dimaksudkan, Sharnaaz berkata dia tidak tahu mengenai isu sindiran tersebut dan menyifatkan ianya tidak penting.

BACA: Neelofa Sindir Sharnaaz Ahmad Kuat Berdrama?

“Saya tak tahu dan tak penting. Saya tak tahu, mungkin Tom Hanks kot,” katanya ringkas kepada Harian Metro.

Semalam, Neelofa memuat naik status di laman Twitternya beliau telah menonton ‘drama’ paling hebat dan meminta peminat meneka siapakah pelakonnya.

Netizen mula membuat spekulasi bahawa kenyataan-kenyataan itu seakan ditujukan buat Sharnaaz kerana menolak penceraian yang diminta Nabila.

Terdahulu, Sharnaaz mengejutkan ramai apabila enggan menceraikan isterinya dan mahu menyelamatkan rumah tangga.

Selain tiada persefahaman dan tinggal berasingan sejak Februari 2018, Noor Nabila dalam tuntutan perceraiannya memberikan alasan bahawa Sharnaaz memberi nafkah zahir yang tidak mencukupi iaitu hanya RM500 sebulan.