fbpx

Isu Cerai Kakak: Neelofa Perli Sharnaaz Ahmad?

Pergolakkan rumah tangga Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad nampaknya semakin rancak diperkatakan apabila Sharnaaz tampil menolak dengan tuntutan cerai isterinya kerana ingin menyelamatkan rumah tangga mereka.

Namun apa yang menarik perhatian, tidak lama selepas itu Neelofa tampil menulis beberapa kenyataan di media sosial, yang seakan menyindir abang iparnya yang didakwa sebagai kuat berdrama.

BACA: Sharnaaz Ahmad Tolak Tuntutan Cerai Noor Nabila

Menurut Neelofa, beliau jarang menulis apa yang dirasainya namun apa yang terjadi kini sudah terlalu melampau. Sindirnya lagi, beliau telah menonton ‘drama’ paling hebat dan meminta peminat meneka siapakah pelakonnya.

Melihatkan ‘sindiran-sindiran’ Neelofa di media sosial, netizen mula membuat spekulasi bahawa kenyataan-kenyataan itu seakan ditujukan buat Sharnaaz kerana menolak penceraian yang diminta Nabila.

Selain itu Neelofa turut berdoa agar segala urusan kakaknya dipermudahkan dan kebenaran sebenar diketahui ramai. Apapun kami juga tidak pasti sindiran Neelofa dituju pada siapa. (rtky/w)