fbpx

Sharnaaz Ahmad Mahu Pelaku Nora Anne Diseksa Sebelum Mati

Misteri kehilangan gadis istimewa Nora Anne sejak 4 Ogos lalu akhirnya terjawab selepas satu mayat wanita ditemui di hutan di Pantai, Seremban semalam.

Rata-rata netizen menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa. Malah, pelakon Sharnaaz Ahmad juga turut meluahkan rasa hiba dan amat berat sekali untuk menerima perkhabaran tersebut.

BACA: Sharnaaz Ahmad Sambut Syawal Bersama Anak & Isteri

Menerusi Instagram, Sharnaaz berkata jika kematian gadis berusia 15 tahun itu berpunca daripada perbuatan jahat mana-mana individu, dia mahu pelaku terbabit diseksa sebelum dihukum mati. Malah, Sharnaaz turut menggesa kerajaan agar tidak menghapuskan hukuman mati.

Meskipun setakat ini masih belum disahkan lagi punca kematian remaja berkenaan, namun rata-rata netizen menyokong kenyataan Sharnaaz itu.

Bagaimanapun, ada netizen memberikan pendapat mereka supaya tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan proses bedah siasat masih lagi belum selesai.

Terdahulu, Nora Anne hilang dari bilik penginapan keluarganya di sebuah resort di Pantai, Seremban sejak 4 Ogos lalu.

Selepas 10 hari operasi mencari dan menyelamat (SAR), polis menemui mayat wanita berkulit putih, kira-kira 2.5 kilometer dari resort The Dusun, Pantai, tengahari semalam.