Kami tidak pasti berapa ramai antara anda perasan, namun Shila Amzah ada katakan sesuatu pada minit ke 145 Anugerah Planet Muzik 2012 yang berlangsung hujung minggu lalu.

“Saya lupa nak cakap terima kasih pada cinta hati saya — dia merajuk sebab saya nyanyi dengan Taufik Batisah tadi sebenarnya — saya tak tahu mana dia pergi,” ujar Shila Amzah.


Kenyataan itu di'buat sebelum beliau menyampaikan anugerah Lagu Terbaik & kami ingatkan Shila Amzah sekadar b

ergurau sehinggalah terbaca respons Sharnaaz Ahmad di Twitter.

Seorang peminat di forum Cari melampirkan screenshot tulisan Sharnaaz Ahmad yang tidak berpuashati dengan Taufik Batisah dan kemungkinan juga terhadap Shila Amzah.

Ada dua kemungkinan dalam kes lepas geram Sharnaaz Ahmad kali ini —  sama ada beliau memang cemburu dengan Taufik Batisah atau kurang senang dengan gurauan Shila Amzah.

Namun, Sharnaaz Ahmad telah pun memadam tulisan tersebut dan mendakwa seseorang telah menceroboh akaun Twitter beliau pada pagi semalam — sekitar 6.30 pagi. Hmm.

zp8497586rq