fbpx

Sharnaaz Ahmad Lantik Diri Jadi Presiden Kelab Duda Terlajak Konar

Segala spekulasi mengenai desas desus Fizo Omar menamatkan zaman duda akhirnya terjawab apabila pelakon itu selamat mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan hati, Fazeera Nazri pada Khamis lalu.

Melihatkan Fizo kini bergelar suami, pelakon Sharnaaz Ahmad berseloroh bersedia menggalas ‘tanggungjawab’ sebagai presiden kelab duda terlajak konar yang terdiri daripada beberapa selebriti.

BACA: Fizo Omar Sah Bergelar Suami Bekas Pramugari

Menerusi entri di Insta Story itu, Sharnaaz turut mengucapkan tahniah kepada Fizo yang selamat bergelar suami kali kedua selepas beberapa tahun bergelar duda.

“Dengan ini, aku sebagai timbalan presiden persatuan duda Malaysia, menggalas tugas sebagai presiden secara automatik dengan cakna dan yakin.

“Aku janji pada tuan dan puan, saya akan bahagi kasih seadilnya! Presiden Duda-Duda Terlajak Konar Semalaya,” tulisnya.

Khamis lalu, Fizo Omar sah bergelar suami kepada Fazeera, gadis berasal dari Sarawak, dalam satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Terdahulu, Fizo pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mawar Karim pada November 2013, namun bercerai pada Julai 2019. Pasangan itu dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam, kini berusia 4 tahun.