fbpx

Fizo Omar Sah Bergelar Suami Bekas Pramugari

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai pelakon Fizo Omar dikatakan sudah pun bernikah semalam dengan seorang gadis Sarawak di Janda Baik, Pahang.

Memetik laporan mStar, spekulasi segalanya terjawab apabila pengurus Fizo dikenali sebagai Mimi mengesahkan pelakon itu sudah bergelar suami bekas pramugari.

BACA: Fizo Omar Dah Nikah?

Bagaimanapun, Mimi enggan mendedahkan identiti isteri kepada pelakon itu. Ujarnya lagi, Fizo akan mengumumkan sendiri berita gembira itu dalam masa terdekat.

“Alhamdulillah pagi semalam. Fizo buat majlis secara tertutup hanya famili terdekat sahaja yang datang. Tunggu nanti InsyaAllah Fizo sendiri akan umumkan dan dedah siapa suri hati dia,” katanya.

Hasil carian mendapati wanita dikenali sebagai Fazeera Nazri yang merupakan bekas pramugari dipercayai merupakan isteri baru Fizo.

Malah, menerusi satu Instagram, Fazeera turut berkongsikan dua keping gambarnya mengenakan baju pengantin serta menggunakan gambar Fizo berbaju Melayu bersama anaknya, Wan Maryam sebagai profil.

Terdahulu, Fizo pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mawar Karim pada November 2013, namun bercerai pada Julai 2019. Pasangan itu dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam, kini berusia 4 tah